Allahamdulillah sempat jugak siapkan baju Ida ne, saya takut saya tak dapat nak siapkan sebelum raya. Tapi saya lagi takut sebab ade 2 pasang baju lagi tak siap, masih dalam pembikinan. Harap-harap dapat la siapkan sebelum raya.
.:mybeadsworld:.
Thursday, 18 August 2011
Sunday, 24 July 2011
Manjalara
Design Manik Manjalara di bawah baju.
Design Manik Manjalara di lengan
Tq pada Cik B yang sudi menempah manik kat saya....Pada mulanya saya simpan bajunya agak lama jugak, sebab buntu tak tahu design ape yang sesuai.
Friday, 22 July 2011
Pertamanya...
Assalam...
Ini hasil dari mengiku Kelas Jahitan Manik.
Allhamdulillah termakbul jugak cita-cita nak create satu blog lagi, tapi kali ini khas tentang minat saya terhadap jahitan manik.
Pada mulanya pendedahan jahitan manik ini agak terhad, maklumla kelasnya sahaja mahal(mahal bagi saya la pada mulanya), sampai satu masa emak saya mendaftarkan saya ke kelas jahitan manik, tak silap saya masa itu kursus tu di Bangi.
Jadi, Allahamdulillah minat itu masih sampai sekarang dan tidak terkubur begitu sahaja. Selepas dari itu saya mula menjahit manik untuk baju mama dan adik-adik saya dan terus mengambil upah menjahit manik pada baju kawan-kawan office mama pula.
Mari kita tengok gambar masa di Kelas Jahitan Manik dulu...
Ini hasil dari mengiku Kelas Jahitan Manik.
Semasa di kelas-sorry gambar sangat blur
Hasil tempahan jahitan manik untuk baju kawan-kawan mama
Sekian dahulu buat entry yang pertama dari blog ini. Ada masa nanti saya akan updatekan lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)